Wednesday, March 16

~ Tabung & Menabung ~

aQ nk kongsi citer sal tabung menabung ngn kowg semua....
aQ blh dikatakan owg yg amat boros berbelanja....namun sejak
menjalankan perniagaan ni, tahap keborosan aQ dh makin menurun...
nk tau kenape???? sbbnya aQ dh tau ertinya ssh nk carik duit...
dulu lau setakat 1 kupang, 2 kupang aQ x heran sgt....
tp skang, 1 sekupang atau 2 kupang begitu memberi makna lam hidup
aQ.... yelah..bak kta owg, xde 1 kupang x ckp sejuta...hehehe..
aQ amt hargai jasa mak n bapak aQ yg sggp b'penat lelah mcari duit
utk menampung keluarga....tHanks a lot for Ma & Abah cz bersusah payah
mencurah keringat demi kami sekerluarga.

aQ ader t'bca satu artikel sal menabung nih..... so aQ kongsi la
nga kowg semua... artikel ini ditulis olh saudara Zahir Zainuddin.


Apa sahaja yang berkaitan dengan diri kita, wang menjadi perkara yang
paling penting. Jika tinggal di bandar, serba-serbi perlukan wang:
bayar sewa rumah, sewa kereta,makan, minum, bil air, parking kereta
dan belanja keluarga. Kadang kala wang gaji bulanan tidak cukup untuk
menampung perbelanjaan dan terpaksa membuat kerja tambahan.

Satu cara praktikal untuk sentiasa ada wang belanja ialah
menguruskan wang dengan betul. Sebaik sahaja menerima wang gaji,
simpan dahulu bahagian yang perlu. Biasanya dan sebaik-baiknya,
satu per tiga wang gaji perlu disimpan.
Selebihnya boleh digunakan untuk berbelanja.

Kita perlu belajar untuk menyimpang wang walaupun dalam jumlah
yang kecil supaya tabiat menabung menjadi budaya hidup.
Kita perlu ada simpanan untuk masa depan kerana kita tidak dapat
menjangkakan dengan tepat keperluan kesihatan masa hadapan.

Hari ini ramai orang yang berumur 50 tahun sudah mendapat dua
tiga penyakit serius. Tentulah perbelanjaan untuk kos rawatan
juga meningkat. Jadi, kita mesti bersedia untuk berhadapan
dengan situasi ini kerana lambat-laun ia akan
datang juga dalam hidup kita.


renung-renungknlah & selamat beramal.....
:-)

No comments:

Post a Comment